Klik Jika Anda Baik Hati

Tuesday 14 October 2014

Tote Bag

Dah lama sebenarnya mengidam nak kait beg..beg yang boleh muat banyak barang...Terutama aku yang ada
anak kecil, segala macam benda kena bawak..hihi...
Ditakdirkan Allah, anak kawan mak order beg untuk dihadiahkan pada maknya....Aku apa lagi, cepat-cepat
cari pattern untuk memulakan projek baru tu...Pucuk dicita ulam mendatang lah katakan...
Dan inilah hasilnya!!!!Alhamdulillah, oklah tu untuk first time buat..Insya Allah akan datang, akan diupgrade lagi
dengan design baru....
Dibuka untuk tempahan...Ini details untuk beg kait...
Tote Bag
Saiz:Lebar (11.5inci)xTinggi (12inci)
Warna:Boleh ikut pilihan sendiri
Sesuai utk membawa telekung+sejadah, buku@majalah.
Dijadikan diapers bag pun boleh...Bak kata org putih 'multiple use'...
Ada sebarang pertanyaan atau nak buat tempahan?
SMS/Whatsapp ke (010-4690778 )...
Sudilah ke page Riesa Collections!

Ripple Bag


Assalamualaikum readers...Lama dah tak update blog ni..Kesibukan melanda dengan mengait..Maklumlah nak membangunkan bisnes bukan senang...Nak kena fikir strategi,harga,promosi dan lain-lain.

Terbaru beg dari Riesa Collections adalah jenis Ripple Bag..Teringin nak buat,dah akhirnya terlaksana..Aku hadiahkan pada mak...

Dibuka untuk tempahan bagi yang berminat..Contact/wassap 010-4690778

Tq sudi baca coretan hati Riesa...^____^

Wednesday 2 April 2014

Mini Handbag

Alhamdulillah siap jugak beg ni. Niat nak bagi dekat mak pada hari lahir dia tercapai. Terima kasih Ya Allah kerana mempermudahkan.

Beg ni siap ada bunga tulip. Tiba-tiba dapat idea bila tengok beg yang k.lina kait.Hehe

So bolehlah mak bawa pergi shopping. Pergi kuliah ke.

Siapa2 yang berminat email ye riesa8586@gmail.com.

Sent from Samsung Mobile©

Saturday 29 March 2014

Kopiah Kait

Kopiah kait kali ni dibuat untuk anak bos En.hubby. Dah dioffer buatkan aje.hehe.

Mula-mula kait kopiah siap ada nama. Tapi bila tenung-tenung balik macam tak cantik je. Lagipun benang warna putih tu nampak tenggelam.

So ambik keputusan bukak balik. Kait lain jadi warna hijau semua. Barulah naik seri dan nampak jelas corak belah atas kopiah.

Lepas ni cabar diri untuk kait kopiah ada nama. Ambik masa la nak bagi mahir.

Sent from Samsung Mobile©

Tuesday 25 March 2014

Handset Pouch

Yang ni projek suka-suka. Tangan tak reti duduk diam. Ada je benda nak mengait.

Pouch bag utk handset. Gambar tu dari sudut tepi dan atas. Ada letak button utk bahagian penutup. Takdela senang handset tu nak terkeluar.hehe.

Ok macam biasa siapa yang berminat let me know through my email riesa8586@gmail.com.

Sent from Samsung Mobile©

Sarung Botol

Sarung Botol request dari anak saudara. Beria2 dia nak guna untuk pergi ke sekolah.

Warna benang hijau+putih. Siapa2 yang berminat boleh order. Boleh request warna apa yang dikehendaki.

Harga RM15.00 termasuk pos. Murah je. Jom ramai2 bergaya dengan sarung botol ni samada pergi sekolah atau pejabat atau makan angin.^^,

Bagi yang berminat nak order boleh email ke riesa8586@gmail.com.

Sent from Samsung Mobile©