Klik Jika Anda Baik Hati

Friday 31 August 2012

Pineapple Doily Crochet

Assalamualaikum w.b.t...

Selamat menyambut hari kemerdekaan yang ke-55...Bebaskan fikiran kita dari anasir-anasir barat dan perjuangkan agama Islam!

Saya sekarang dalam usaha menyiapkan doily yang dipesan oleh emak untuk membuat alas meja. Tak besar tapi saya perlu mencari pattern yang sesuai dengan saiz yang dikehendaki oleh emak.


Masih dalam proses doily ni. Inilah first time saya buat doily menggunakan benang kait halus. Sebelum-sebelum ni saya cuma menggunakan benang kait biasa seperti Minlon untuk alas kabinet dan etc.

Ada juga saya menggunakan benang kait halus tapi saya mengait untuk alas speaker En. Suami..hehe..Nanti saya upload gambar alas speaker tu...

Owh..sudah pukul 11.25pagi..Saya hendak memerdekakan diri saya sekejap dari mengait..Perlu memasak untuk santapan Raja saya..hihi..-RiEsA-

Tuesday 28 August 2012

Kerana Dia..

Salam sayang semua. Saya rasa masih belum terlambat untuk mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI buat semua kaum muslimin dan muslimat.

Setelah seminggu berada di kampung kedua-dua belah pihak, maka rutin harian pun bermula apabila kembali ke teratak kecil saya..huhu...


Bekas botol air, yang saya kait sebelum bulan Ramadhan, saya hadiahkan kepada emak tersayang. Emak kata sepanjang bulan Ramadhan dia bawa setiap kali ke solat Terawih. Oh, terharunya saya.

Kemudian emak cakap kawan dia berminat betul dengan bekas ni. Dibelek2nya bekas air dan kemudian masa saya bertandang ke rumah kawan emak untuk beraya, saya dihadiahkan ini...

Benang kait buatan Vietnam! Alangkah seronoknya dalam hati. Ya, rezeki Syawal.hihi. Bukunya saya pinjam untuk rujukan dan menambahkan lagi kemahiran.

Dan semalam saya dapat panggilan dari emak meminta saya membuat alas meja jubin di rumah. Insya Allah emak, akan diusahakan. Memang niat di hati hendak hadiahkan lagi hasil kaitan pada emak..^^,-RiEsA-

Sunday 12 August 2012

Sejarah Crochet Dalam Hidup

Alhamdulillah..Terima kasih Ya Allah atas segala nikmat yang Kau curahkan kepada ku..

Hari ini saya ingin berkongsi macam mana saya boleh berminat dengan dunia crochet ni.

 
Minat untuk mengait ini bermula apabila melihat emak saya yang tekun mengait alas frezeer. Masa tu umur saya 15 tahun.

Tapi, masa tu saya tak berkesempatan untuk mendalami ilmu crochet sebab saya duduk di asrama sehingga tamat SPM barulah ada peluang untuk memujuk emak turunkan ilmunya pada saya..hihi..

Sejak dari itu, saya mula mengait untuk benda-benda yang boleh dilapik macam table corner, pasu-pasu bunga hiasan dan alas laptop. Buat kecil-kecil dulu untuk belajar.

Cuma yang tak syoknya hasil kaitan saya masa tu cukup-cukup mengecewakan. Al-maklumlah baru berjinak dengan jarum dan benang kait.

Boleh dikatakan tak kemas dan kalau diberikan markah agaknya saya dapat gred F.hoho. Tapi saya nekad untuk mencuba dan terus mencuba sehingga mantap!

Dan Alhamdulillah sehingga kini saya masih tidak jemu untuk terus mencuba. Dengan zaman teknologi dan segala maklumat boleh didapati pada hujung jari, saya gunakan untuk mendapatkan design dan pattern baru.

Saya cabar diri untuk buat yang terbaik agar warisan dan ilmu dari emak saya pupus begitu sahaja.

Terima kasih saya ucapkan pada EMAK kerana mengajar saya ^____^.

I LOVE U FOREVER ! -Riesa-

Sunday 5 August 2012

Blog Ini Diabaikan oleh Empunya...

Assalamualaikum w.b.t

Sudah agak lama blog ni tidak saya usik samada dengan fix it, upload picture ataupun post new entry.

Bermulanya Ramadhan bermakna bermula juga tahap kemalasan saya untuk menghadap blog dan aktiviti2 lain.

Termasuk aktiviti ini...





Mengait!! Oh sungguh tahap "M" itu sangat2 berada di tahap yang maksimum. Mujurlah untuk yang lain penyakit M itu tidak terjadi.hihi

Gambar di atas adalah hasil kait saya untuk alas kabinet TV.  Tapi masih dalam proses penyiapan. 

Mujurlah tinggal yang ini saja lagi. Lagi satu set sudah siap. -Riesa-