Klik Jika Anda Baik Hati

Saturday, 1 September 2012

Giveaway from Amani

Assalamualaikum w.b.t

Tadi masa saya bawa blog berjalan-jalan, terjumpa giveaway dalam blog Amani..Nampak menarik..Dan saya decide untuk join Giveaway dia...


Bagi siapa2 yang berminat nak join..klik kat banner tu ye..Jomlah ramai2 join..Hadiah pun menarik..hehe..-RiEsA-

Friday, 31 August 2012

Pineapple Doily Crochet

Assalamualaikum w.b.t...

Selamat menyambut hari kemerdekaan yang ke-55...Bebaskan fikiran kita dari anasir-anasir barat dan perjuangkan agama Islam!

Saya sekarang dalam usaha menyiapkan doily yang dipesan oleh emak untuk membuat alas meja. Tak besar tapi saya perlu mencari pattern yang sesuai dengan saiz yang dikehendaki oleh emak.


Masih dalam proses doily ni. Inilah first time saya buat doily menggunakan benang kait halus. Sebelum-sebelum ni saya cuma menggunakan benang kait biasa seperti Minlon untuk alas kabinet dan etc.

Ada juga saya menggunakan benang kait halus tapi saya mengait untuk alas speaker En. Suami..hehe..Nanti saya upload gambar alas speaker tu...

Owh..sudah pukul 11.25pagi..Saya hendak memerdekakan diri saya sekejap dari mengait..Perlu memasak untuk santapan Raja saya..hihi..-RiEsA-

Tuesday, 28 August 2012

Kerana Dia..

Salam sayang semua. Saya rasa masih belum terlambat untuk mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI buat semua kaum muslimin dan muslimat.

Setelah seminggu berada di kampung kedua-dua belah pihak, maka rutin harian pun bermula apabila kembali ke teratak kecil saya..huhu...


Bekas botol air, yang saya kait sebelum bulan Ramadhan, saya hadiahkan kepada emak tersayang. Emak kata sepanjang bulan Ramadhan dia bawa setiap kali ke solat Terawih. Oh, terharunya saya.

Kemudian emak cakap kawan dia berminat betul dengan bekas ni. Dibelek2nya bekas air dan kemudian masa saya bertandang ke rumah kawan emak untuk beraya, saya dihadiahkan ini...

Benang kait buatan Vietnam! Alangkah seronoknya dalam hati. Ya, rezeki Syawal.hihi. Bukunya saya pinjam untuk rujukan dan menambahkan lagi kemahiran.

Dan semalam saya dapat panggilan dari emak meminta saya membuat alas meja jubin di rumah. Insya Allah emak, akan diusahakan. Memang niat di hati hendak hadiahkan lagi hasil kaitan pada emak..^^,-RiEsA-