Klik Jika Anda Baik Hati

Tuesday 28 August 2012

Kerana Dia..

Salam sayang semua. Saya rasa masih belum terlambat untuk mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI buat semua kaum muslimin dan muslimat.

Setelah seminggu berada di kampung kedua-dua belah pihak, maka rutin harian pun bermula apabila kembali ke teratak kecil saya..huhu...


Bekas botol air, yang saya kait sebelum bulan Ramadhan, saya hadiahkan kepada emak tersayang. Emak kata sepanjang bulan Ramadhan dia bawa setiap kali ke solat Terawih. Oh, terharunya saya.

Kemudian emak cakap kawan dia berminat betul dengan bekas ni. Dibelek2nya bekas air dan kemudian masa saya bertandang ke rumah kawan emak untuk beraya, saya dihadiahkan ini...

Benang kait buatan Vietnam! Alangkah seronoknya dalam hati. Ya, rezeki Syawal.hihi. Bukunya saya pinjam untuk rujukan dan menambahkan lagi kemahiran.

Dan semalam saya dapat panggilan dari emak meminta saya membuat alas meja jubin di rumah. Insya Allah emak, akan diusahakan. Memang niat di hati hendak hadiahkan lagi hasil kaitan pada emak..^^,-RiEsA-

No comments: