Klik Jika Anda Baik Hati

Sunday 12 August 2012

Sejarah Crochet Dalam Hidup

Alhamdulillah..Terima kasih Ya Allah atas segala nikmat yang Kau curahkan kepada ku..

Hari ini saya ingin berkongsi macam mana saya boleh berminat dengan dunia crochet ni.

 
Minat untuk mengait ini bermula apabila melihat emak saya yang tekun mengait alas frezeer. Masa tu umur saya 15 tahun.

Tapi, masa tu saya tak berkesempatan untuk mendalami ilmu crochet sebab saya duduk di asrama sehingga tamat SPM barulah ada peluang untuk memujuk emak turunkan ilmunya pada saya..hihi..

Sejak dari itu, saya mula mengait untuk benda-benda yang boleh dilapik macam table corner, pasu-pasu bunga hiasan dan alas laptop. Buat kecil-kecil dulu untuk belajar.

Cuma yang tak syoknya hasil kaitan saya masa tu cukup-cukup mengecewakan. Al-maklumlah baru berjinak dengan jarum dan benang kait.

Boleh dikatakan tak kemas dan kalau diberikan markah agaknya saya dapat gred F.hoho. Tapi saya nekad untuk mencuba dan terus mencuba sehingga mantap!

Dan Alhamdulillah sehingga kini saya masih tidak jemu untuk terus mencuba. Dengan zaman teknologi dan segala maklumat boleh didapati pada hujung jari, saya gunakan untuk mendapatkan design dan pattern baru.

Saya cabar diri untuk buat yang terbaik agar warisan dan ilmu dari emak saya pupus begitu sahaja.

Terima kasih saya ucapkan pada EMAK kerana mengajar saya ^____^.

I LOVE U FOREVER ! -Riesa-

No comments: